Monday 17 November 2008

Susah Ke Nak Dapat WPT?

Ya saya tidur setiap malam tak nampak apa-apa pun! Bila saya pejam mata terus terlelap jer tak ada apa-apa... Ada pelajar saya komen begitu...

Kalau dah macam tu teruskan saja. Kalau dah mengantuk sangat tidur sajalah. Tahukan anda ? Anda masih lagi ada peluang untuk mendapat WPT walaupun anda dah tidur...

Caranya: Bila anda tidur dengan nenyak, sudah tentu anda sudah tidak sedar apa2 pun berlaku. Tapi ingat, bila sampai satu pusingan period tidur kita akan tersedar.. Nah bila anda tersedar setelah satu pusingan tidur, cuba buka mata dan pertahankan seketika...

Lalu cuba perhatikan sebelum anda terus belayar lagi. Anda pasti melalui WPT dan itulah WPT..

Biasanya orang tidak akan bertahan lama ketika ini.. kurang daripada 3 minit terus zzzzzzz balik...

Monday 6 October 2008

Selamat Hari Raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Sebulan berpuasa dengan penuh keimanan, moga2 amalan kita diterima Allah Taala.

Dan diiringi menyambut hari Raya dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin, walaupun agak terlewat, tapi masih lagi dalam bulan raya..he..he..

Friday 16 May 2008

Anda Sukar Tidur.

Ramai diantara kita mengalami kesukaran untuk tidur. Sukar tidur banyak puncanya. Salah satunya ialah banyak berfikir waktu hendak tidur. Tak kiralah apa puncanya, yang penting sekali bagaimana mengatasinya.

Ya dengan WPT juga kita boleh menyelesaikan masaalah sukar tidur. Syaratnya kena la tahu tekniknya. Tekniknya taklah susah sangat cuma berlatih beberapa hari saja kita boleh mengusainya.

WPT banyak saya masukkan dalam kursus online KM. Banyak lagi kelebihan WPT. Saya akan sambung pada post akan datang.

Bagi yang mengikuti kursus online KM tu.. rajin-rajinlah buat latihan mudah WPT tu.. insyaAllah banyak lagi faedahnya kelak..

Monday 28 April 2008

Wpt Yang Sangat Real

Saya ingin bercerita lagi berkenaan daerah WPT. Sebaik sahaja anda dapat berada didaerah WPT, anda dapat lakukan apa saja. Jika anda mencipta suasana berada ditaman bunga, anda bebas memilih mana-mana bunga yang anda ingin petik dan ciumlah baunya.

Jika anda memilih berada didalam hutan dan dipingir air terjun, rasakan percikan air terjun yang dibawa angin kearah anda. Anda boleh terjun kedalam air atau mencelup kaki anda digigi air, dan rasakan kesejukan airnya.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita lakukan bila kita berada diwilayah WPT ini. Berlatih dan anda akan dapat tahu bagaimana rasanya berada di wilayah WPT ini.

Cerita seterusnya akan saya sambung di post yang akan datang.... Salam bahagia kepada semua

Wednesday 26 March 2008

Peringkat NREM

(NREM 1) Adalah dimana satu situasi permulaan peralihan diantara rasa ingin tidur atau (mengantuk ringan) kepada tidur. Juga dikenali hypnagogic(WPT) yang banyak saya sentuh berkenaan fenomina ini: Berlakunya bunyian, gambaran dan tayangan.. WPT berlaku beberapa minit sebelum kestage 2.

(NREM 2) Bilamana anda sedang berada distage ini. Tubuh badan anda beransur-ansur shutdown (matirasa). Peralihan daripada kesedaran ringan kepada tidak sedar. Peralihan yang beransur-ansur. Gelombang otak anda mula membesar. (lebih bertenaga/energy).

(NREM 3) Stage ini biasanya berlaku setelah anda tidur selama 30 – 45 minit. Iaitu tidur permulaan anda. Kini otak kita lebih berenergy. Dan otak berada di peringkat gelombang
Delta yang perlahan.

(NREM 4) Stage ini dipanggil “Tidur yang dalam” atau “tidur diperingkat Delta”. Kadang-kadang mengigau berlaku ketika ini. Sebab itulah orang yang mengigau, selalunya tidak diawal tidur. Tetapi setelah tidur yang agak lama. Aktiviti otak pun mula berkurang.

Ada lagi sambungannya. Saya akan sambung dipost yang akan dating. Ambil perhatian..Tak semestinya anda perlu faham makanikal tidur untuk belajar KM. Ini cuma pengetahuan tambahan sahaja..

Jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk mengetahui berita KURSUS TERKINI.

Friday 7 March 2008

WPT yang menenangkan.

Jika anda rajin memerhati atau berlatih, sudah tentu anda dapat berada diwilayah WPT agak lama. Bila saja anda mampu bertahan disini, banyaklah faedah-faedahnya nanti. Mungkin faedah lain kita tak nak ambil pusing(peduli). Setidak-tidaknya anda boleh mengambil manfaat daripada

WPT ini untuk menenangkan fikiran anda sebelum tidur. Bertahanlah didaerah WPT ini, dan anda ciptakan suasana yang menenangkan, seperti ciptakan seolah-olah anda berada disebuah pulau yang indah, kecil dan dikelilingi oleh lautan biru yang indah.

Pohon-pohon kelapa yang menghijau. Dan melihat deretan pasir yang menguning. Rasakan kesejukan angin pantai yang bertiup tenang lagi lembut. Lihatlah dengan mata batin anda dikala WPT itu, anda tidak akan kecewa.

Percayalah pada saya, anda benar-benar melihat apa pun yang anda ciptakan. Enjoylah disana. Pastinya nanti anda akan tertidur dengan penuh ketenangan dan dibuai mimpi-mimpi yang sangat indah. Tapi ingat disini(diwilayah WPT) ada beberapa kaedah untuk shortcut terus ke KM (Mengawal mimpi). Itu cuma keadaan dimana anda berjaya mengawal wilayah WPT.

Bayangkan... jika anda dapat mengawal mimpi anda... Post akan datang saya akan terangkan satu persatu fenomina atau situasi kita dan gelombang otak kita bermula daripada WPT hingga tidur yang lena. (Deep sleep) Sampai jumpa lagi... salam dalam mimpi

Friday 29 February 2008

Pertahankan Gambaran Semasa WPT

Jika anda sudah dapat melihat atau memerhati gambaran atau bayangan juga bunyian di wilayah WPT tahniah! Lakukan lebih dari itu. Anda akan melihat lintasan atau tayangan lengkap atau sekadar sebuah gambar didaerah WPT, cuba pula pertahankan apa-apa yang kita lihat tadi.

Kalau tak kena caranya, alamat melepaslah kita pada peluang ini. Untuk mengekalkan gambaran dikala WPT anda hendaklah jangan terlalu memerhati pada gambar atau bunyi itu. Anda hendaklah melatih melihat atau memerhati secara tidak langsung. Jika anda berjaya lakukan anda dapati gambaran atau tayangan sangat terang dan jelas.

Tak payahlah anda tergesa-gesa hendak mengusainya. Buat berterusan anda akan mendapat hasilnya kelak. Ingat setiap orang dapat lakukannya.

Mengusai teknik ini bukannya syarat untuk anda belajar mengawal mimpi, tetapi ianya adalah tambahan kepada teknik-teknik kearah mengawal mimpi. Sebenarnya jika anda mampu mengusai teknik WPT anda bertuah sebab anda mempunyai banyak pilihan untuk menuju kearah mengawal mimpi anda. Dalam kursus online saya ada bagi teknik mengawal mimpi kaedah melalui wilayah WPT ini.. jumpa lain post...salam dalam mimpi

Friday 15 February 2008

Kelebihan berada diwilayah WPT

Berada diwilayah WPT hanya seketika saja. Paling lama pun sekitar 10 minit sahaja. Selepas itu pasti kita akan hanyut kealam mimpi atau terlelap tanpa bermimpi. Biasanya kita hanyut kealam mimpi setelah episod kedua atau ketiga kita tidur.

Cubalah pertahnkan stage WPT sebab banyak faedahnya. Diantara faedah berada di WPT anda mampu mencipta sebarang gambaran. Gambaran yang anda ciptakan tadi akan kelihatan jelas. Jadi disini selain kita dapat melihat mendengar dengan spontan. Kita juga dapat ciptakan objek-objek yang kita ingin buat. Sebagai contoh anda boleh ciptakan gambaran rakan anda atau sesiapa saja.

Ciptakan objek yang berwarna warni. Contohnya, jika kita ingin melihat sebiji bola berwarna merah. Anda dapati bola yang anda lihat tadi benar-benar warna merah. Dan cubalah objek-objek yang lain pula. Post akan datang saya akan ceritakan bagaimana cara hendak pertahankan gambaran atau objek supaya tidak mudah lenyap...

Saturday 9 February 2008

Apa itu WPT dan Rupa WPT?

Post no 5 ( Apa itu WPT dan Bagaimana rupa WPT?) Sambungan ….

Dah saya terangkan serba sedikit berkenaan dengan WPT. Cuma kali ini saya ingin menjelaskan tentang rupa bentuk WPT dan sedikit scenario tentang WPT. Pada post yang lepas saya menyuruh anda memerhati beberapa ketika sebelum terlelap. Kalau anda perhatikan tentu anda dapati sensasi dan fenomina ini pasti berlaku.

Malam ini dan seterusnya, cuba anda perhatikan sebelum anda melelapkan mata. Kalau anda amati betul-betul anda akan mendengar bunyian.Kadang-kadang musik, suara orang yang kita tidak kenal bahkan suara orang yang kita kenal pun akan kedengaran. Jika anda peka anda dapati suara-suara ini amat jelas kedengaran dan anda faham semua yang diucapakan. Kadang-kadang terlalu kuat sehingga anda terbangun. Walaupun ketika itu anda masih belum tidur.

Selain daripada beraneka ragam bunyi. WPT juga berbentuk dot-dot,lakaran atau berbagai bentuk lukisan simbolik juga berwarnja warni. Sungguh cantik dan mempesonakan. Kadang-kadang sangat cantik hingga belum pernah dipandang mata. Selain itu ada gambaran atau seperti gambar slide show dan sebagainya. Gambar pemandangan, gambar manusia, batu-batu, kayu, pasir dan beraneka ragam.

Setiap kali anda berada dalam stage WPT inilah fenomina atau senario yang akan anda lihat. Dan lebih hebat daripada itu anda dapat melihat satu bab lengkap tentang sesuatu peristiwa…sangat jelas…seperti didepan mata…

Post akan dating saya akan ceritakan kelebihan berada distage WPT dan macamnana cara supaya kita dapat bertahan dalam stage WPT dan melihat pelbagai peristiwa, gamabarn,bunyian dan fenomina disitu….sampai jumpa lagi…wassalam.

Wednesday 6 February 2008

Antara WPT Tidur dan Mimpi.

Kali ini saya akan sambung berkenaan dengan WPT. Apa itu WPT? Bagaimana kita tahu WPT? Dan bukti adanya WPT. Sebelum seseorang hampir lelap kita dapati ada satu ruang WPT. WPT terjadi apabila kita dah bersedia untuk tidur(maksud saya kita dah tidak mengelamun atau berfikir tentang apa-apa lagi. Sekira-kiranya minda dan badan kita dah bersedia untuk tidur. Diwaktu inilah WPT mula terjadi. WPT terjadi mengambil masa antara 3 hingga 10 minit. Tetapi biasanya jarang berlaku sehingga 10 minit, paling kuat pun sekitar 5-6 minit saja. Lepas tu kita dah mula lelap atau tidur ringan. Fenomina tidur ringan mengambil alih daripada mode WPT. Apabila fenomina tidur ringan mula mengambil alih otak kita berada dalam wave atau gelombang SWS (Slow-Wave-Sleep). GPT (Gelombang Permulaan Tidur) SWS atau GPT wave mempunyai stage gelombang yang masing-masing dikenali sebagai NREM1, NREM2, NREM3, NREM4 semua gelombang ini sukar bagi kita untuk mengingat mimpi.

Secara ringkasnya tidur mempunyai 5 stage ,1 stage REM dan 4 Stage NREM. Mimpi biasanya berlaku pada stage REM. (kadang-kadang mimpi juga boleh berlaku pada stage NREM). Dan kebanyakan KM berlaku pada stage REM.

Satu pusingan tidur mengambil masa lebih-kurang 90 minit. Makusdnya setiap 90 minit lengkaplah satu pusingan tidur dan didalam satu pusingan inilah terjadinya gelombang yang lima tadi iaitu NREM1, NREM2,NREM3,NREM4 dan REM. Bila kita berada dalam stage REM maka kita berada dalam wilayah mimpi. Mimpi yg boleh diingati.

Setiap malam kita bermimpi antara satu jam ke 2 setengah jam lamanya. Setiap mimpi pula biasanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 45 minit panjang setiap episode. Kadang-kadang pendek dan kadang-kadang panjang. Mimpi yang pendek biasanya mimpi awal, makin lama kita tidur makin panjang mimpi kita tadi. Tetapi mimpi tetap berada dalam paksi pusingan period tidur.

Ada lagi keterangan berkenaan dengan pusingan tidur dan terjadinya mimpi biasa dan KM. Saya akan sambung dilain post…

Monday 4 February 2008

WILAYAH PRA-TIDUR ZZZZZZ

Post no tiga…

Ok post terdahulu saya dah bercerita sehingga stage keempat yaitu stage yang dicari-cari oleh penggemar KM. Tapi sebenarnya bukan berakhir disitu. Masih ada lagi stage yang lebih sempurna. Nanti saya akan ceritakan satu-persatu, untuk kali ini saya belum lagi cerita pasal stage seterusnya.

Kali saya ingin menerangkan berkenaan hipnagogik atau WPT (wilayah pra-tidur). Post saya terdahulu saya dah sentuh berkenaan WPT. Kali ini saya ingin menambah sedikit lagi berkenaan WPT. Sebenarnya setiap orang mengalami WPT ini. Cuma antara sedar atau tidak dengan kata lain, peka atau tidak je. Ada orang yang saya temui berkata dia tak pernah melalui WPT. Sebenarnya dia tidak perasan je.

Baiklah jika anda ingin tahu bagaimana situasi WPT saya akan terangkan tanda-tanda atau kejadian-kejadiannya. Sebenarnya ada cara untuk dapat KM dgn cara mudah melalui kaedah WPT. Kaedah WPT untuk mendapatkan KM dgn cara mudah ada dalam ebook saya peringkat Dua. Sebenarnya saya dah sediakan ebook sehingga peringkat advance. Ebook pertama adalah peringkat Dasar atau asas RM5 jer. Peringkat satu RM10.00 peringkat Dua 20.00 peringkat Tiga RM30.00. dan peringkat advance RM50.00. Satu lagi jika anda berminat anda juga boleh kursus Jarak jauh (online) Anda dipantau setiap 3 hari. Anda Cuma buat latihan mudah yang saya berikan dan saya akan bertanya setiap 3 hari untuk perkembangan seterusnya. Pertanyaan dan kemuskilan boleh berhubung terus melalui email. Bayaran kursus boleh refer ke laman WEB.

Anda juga berpeluang untuk kursus hadir diri. Hadir diri saya akan ajarkan teknik CIPTRA (cipta trance). Abapila anda dapat cipta trance maka secara otomatik anda dapat KM dgn mudah. Kaedah ini cuma diKhususkan untuk yang hadir diri sahaja. Sedikit penerangan berkaitan trance: Meditasi memerlukan trance untuk sampai ke puncak meditasi(samadi) Biasanya untuk mendapatkan trance kita mengambil masa 5 minit ke 1 jam lebih kurangla.. Setelah melalui Trance tadi barulah kita beransur-ansur kewilyah kekosongan atau kesedaran sahaja. Waktu ini semua alam dan jasad tidak terasa hanya kesedaran semesta raya saja yg kita ada. Orang yang biasa buat tahula.

Saya tak nak cerita panjang ttg meditasi. Saya cuma ingin membuat perbezaan trance sahaja. Manakala trance teknik atau kaedah CIPTRA sangat berbeza. Kita boleh ciptakan situasi trance ini. Tak payah tunggu lama-lama Cuma 3 saat saja InsyaAllah kita dapat rasa trance CIPTRA.

Sebenarnya banyak kaedah untuk mendapatkan KM. Ada yg senang dan ada yang susah, tak kurang juga ada yg memerlukan kesabaran latihan. Pendek kata ada bermacam cara. Kaedah yang saya ajarkan mungkin sesetengahnya sama dan sesetengahnya pula agak berlainan dgn teknik-teknik yang sedia ada.

Kembali kepada topic yang asal. Macamnana kita dapat tahu atau mengalami WPT. Malam ni anda cuba perhatiakn sebelum anda terlelap. Apa yang berlaku? Mesti ada.. kalau tidak perhatikan mungkin kita tidak perasan. Kita terus terlelap jer.. Siapa yang boleh bagitahu saya apa rasa atau situasi sebelum terlelap saya berikan setu ebook peringakt asas percuma…

Sunday 3 February 2008

Sambungan Post Satu...

Kali ini saya akan menyambung apa yang akan berlaku seterusnya. Telah dijelaskan pada post yg terdahulu. Setiap kali kita bermimpi tak semestinya mendapat hasil yang sama. Atau kita tidak dapat tahu sama ada kita akan mula bermimpi diperingkat satu, dua, atau sterusnya. Ini biasa berlaku kepada pemula(pelatih baru). Lama kelamaan kita boleh ciptakan suasana untuk mendapatkan KM(Kawal Mimpi)diperingkat total. Atau peringakt melepasi trance. Sebenarnarnya untuk mendapat KM kita perlu melalui keadaan trance dahulu sepertimana untuk bermedetasi. Tetapi trance KM ada sedikit perbezaan dgn trance meditasi. Orang yang separuh mahir akan tahu adakah tidur kali ini mendapat KM atau tidak. Biasanya suasana ini terjadi sebelum terlelap. Ada satu stage lagi sebelum terlelap yaitu stage hypnogogik. Selepas stage hypnogogik inilah kita akan dapat tahu sama ada kita mendapat KM atau sebaliknya. Ok! apa pula akan terjadi setelah stage atau mimpi peringkat keempat terjadi. Peringkat inilah sering dicari-cari oleh penggemar KM. Peringkat ini kita dapat mengawal mimpi secara total. Alangkah seronoknya berada distage ini. Tak dapat diceritakan melainkan orang yg mengalaminya. Seperti orang berkata buah manggis sungguh sedap. Kita tahu sedap tapi macam mana rasa sedap itu. Tidak boleh dihuraikan macammana rasa sedap itu, kecuali dia juga ikut merasa atau mencuba. Samalah dgn pengalaman anda kali pertama untuk mendapat KM distage ini. Sebenarnya tidaklah susah sangat..kena cara..buat sedikit latihan..nah! terbanglah kau... ok utk lkali ini disini dulu lain kali saya akan sambung lagi.. kalau nk cepat terbang sila klik yang ini kawal mimpi

Thursday 31 January 2008

Mengenai Kawal mimpi.

Kawal mimpi adalah satu situasi yang mana kita dapat mengawal mimpi yang sedang kita bermimpi. Ada beberapa perbezaan atau peringkat mengawal mimpi.Sebelum kita dapat mengawal mimpi sepenuhnya, biasanya kita melalui beberapa peringakt proses kepada mengawal mimpi total. Peringkat pertama biasanya setelah kita membuat sedikit latihan kita dapati mimpi-mimpi kita jadi jelas terang dan mudah diingati. Tetapi mimpi tadi masih belum lagi boleh dikawal. Peringkat kedua mimpi kita menjadi jelas dan kita sedar yang kita sedang bermimpi.Mimpi masih belum dapat dikawal. peringkat ketiga mimpi menjadi jelas,kita sedar kita sedang bermimpi dan kita dh mula boleh mengawal kepada setengah-setengah situasi mimpi kita tadi dan selebihnya kita terpaksa mengikut rentak mimpi.Peringkat keempat pula semua diatas kita dapat rasa dan ditambah lebih banyak situasi-situasi yg dapat kita kawal.

Tetapi ingat! tak semua mimpi-mimpi berikutnya hasilnya sama. Maksudnya mungkin mimpi malam ni kita dapat stage pertama, mimpi malam esok dapat pula stage ketiga dan macam-macam dan seterusnya.Dalam prosesnya kita dapati macam-macam situasai yang berlaku.Bolehlah kita catit pada dairi setiap hari untuk mengetahui perkembangannya...untuk belajar mengawal mimpi melalui ebook peringkat satu sila kelaman web kawal mimpi

sampai jumpa lagi saya sambung ttg pengenalankepada kawal mimpi