Monday, 28 April 2008

Wpt Yang Sangat Real

Saya ingin bercerita lagi berkenaan daerah WPT. Sebaik sahaja anda dapat berada didaerah WPT, anda dapat lakukan apa saja. Jika anda mencipta suasana berada ditaman bunga, anda bebas memilih mana-mana bunga yang anda ingin petik dan ciumlah baunya.

Jika anda memilih berada didalam hutan dan dipingir air terjun, rasakan percikan air terjun yang dibawa angin kearah anda. Anda boleh terjun kedalam air atau mencelup kaki anda digigi air, dan rasakan kesejukan airnya.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita lakukan bila kita berada diwilayah WPT ini. Berlatih dan anda akan dapat tahu bagaimana rasanya berada di wilayah WPT ini.

Cerita seterusnya akan saya sambung di post yang akan datang.... Salam bahagia kepada semua

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DISINI.