Monday 26 December 2022

Bila Lucid Dream atau kawal mimpi Berlaku?


Mimpi yang jelas atau clear biasanya berlaku semasa pergerakan mata pantas (REM),semas tidur. Tidur yang nyenyak dapat diketahui dengan pergerakan mata, pernafasan menjadi lebih cepat dan juga lebih banyak aktiviti berlaku di otak kita

Biasanya kita akan memasuki tidur REM lebih kurang 90 minit selepas tertidur. Ianya berlangsung dalam 10 minit. Semasa anda tidur, Tempoh setiap REM berlaku lebih lama daripada yang sebelumnya, dan berlarutan sehingga satu jam.

Tuesday 20 December 2022

Apakah Kawal Mimpi atau Lucid Dream?


Kawal Mimpi berlaku apabila anda sedar yang anda sedang bermimpi semasa anda tidur.

Dan anda sedar peristiwa mimpi yang anda alami tidak berlaku. Tetapi mimpi itu terasa seolah olah jelas dan nyata. Ada kemungkinan anda dapat mengawal mimpi tersebut,dan seolah-olah anda mengarah sebuah filem dalam tidur anda.

Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 50% manusia mungkin mempunyai sekurang-kurangnya satu mimpi yang jelas. Tetapi mungkin juga tidak selalu berlaku, biasanya hanya beberapa kali dalam setahun.

Friday 12 March 2021

MENDAPAT MIMPI YANG DIINGINI

Lama juga saya tak menulis, cuma update saja. Kali ini saya nak kongsikan, sedikit kelebihan atau kebolehan unik dalam Lucid Dream atau Kawal Mimpi. Apabila anda mahir atau mampu untuk kawal mimpi anda juga boleh set atau niat untuk bermimpi macam mana. 

Ada teknik tertentu untuk menarik mimpi yang kita ingini. Anda cuma niat dan anda akan dapat mimpi yang dihajati. 

Dengan keadah dan cara yang betul, ianya tidak menjadi satu yang mustahil.




Monday 25 September 2017

Analisa Mimpi


Dalam Programe Lucid Dreaming Malaysia kita ada satu lagi teknik yang berlainan dengan Kawal Mimpi - Ia dinamakan Analisa mimpi. Analisa mimpi bukanlah Tafsir Mimpi yang ramai diperkatakan dan banyak buku-buku mengenainya. Dengan mempelajari analisa mimpi anda sendiri boleh menafsir mimpi-mimpi anda sendiri. Dengan keadah itu, banyak maklumat kita dapat tahu dari erti sebuah mimpi. Contohnya mimpi ular, mimpi dikejar ular, mimpi nampak ular ianya sangat berlainan tafsiran jika bentuk yang kita lihat berbeza.

Tuesday 5 September 2017

BOLEH KE KITA DAPAT MIMPI APA YANG KITA NAK MIMPI...?

Bagi yang tak tahu, memang pelik! Tapi ini satu perkara yang tidak mustahil. Kesedaran dalam mimpi ada banyak fasa, ada nayak stage. Betul tak? sebab kadang-kadang kita rasa macam tak bermimpi, kadang-kadang rasa macam mimpi hitam putih, kadang-kadang rasa macam ingat separuh dan yang lain hilang entah kemana. Itu mimpi yang biasa-biasa, bagaimana pula mimpi yang boleh dikawal atau kita namakan Kawal mimpi atau Lucid Dream?

Lucid Dream ada fasa dan stagenya. Fasa pertama ianya tidaklah begitu jelas dan kawalan pun tidak begitu sempurna. Ada tempat kita boleh kawal dan ada tempat tak boleh kawal. Kenapa jadi begitu ya..?

Fasa ke 2 dalam 50% kita boleh kawal mimpi kita dan selebihnya mimpi yang kawal kita. Apakah ini boleh diatasi..?

Fasa ke 3 hampir 100% kita dapat kawal mimpi. Ini jarang berlaku kecuali kita tahu teknik dan caranya untuk mengawal mimpi. 

Sebenarnya banyak lagi peringkat kesedaran dalam mimpi. Untuk mengetahui lebih banyak lagi MANFAATNYA. Sila KLIK sini.

Sunday 3 September 2017

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi - Adalah satu fenomina yang berlaku waktu tidur. Biasanya bila berlaku KM kepada kita ramai yang tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Salah satu sebab ialah ; kita lupa apa yang kita mimpi, dan yang lebih teruk, kita tak tahu pun kita bermimpi.. kita rasa macam tak bermimpi .. je..

Untuk mendapat kesedaran tentang kawal mimpi, kita perlu pastikan kita ingat semua mimpi atau sekurang-kurangnya 50% daripada mimpi-mimpi kita boleh ingat.

Kawal mimpi atau Lucid Dream Malaysia adalah satu wadah, bagaimana cita-cita saya untuk memberi pendedahan kepada warga Malaysia Khususnya tentang kesedaran dan fenomina ini.

Fenomina ini bukanlah satu perkara pelik dan mungkin ada yang beranggapan ianya mutlak berbentuk ilmu kerohanian atau metafizik. Ianya hampir berlaku pada sesiapa saja.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya... dan ada orang tak tahu langsung. Yang bestnya.. Kawal Mimpi boleh dipelajari dan boleh dilatih. Sesiapa saja berpeluang untuk mendapat pengalaman ini.

Tuesday 3 January 2017

Apa Itu Teknik Frame..

Hai... agak lama juga saya tak menulis kt blog saya ni. Sebab saya banyak tumpu kat FB.  Kan sekarang ni orang tengah demam FB dan Instagram.

Ok.. saya nak huraikan sedikit TEKNIK FRAME ye.. macam ni .. bila kita berjaya ke alam mimpi yang mampu kita kawal. So bila kita berniat untuk pergi kemana mana kita gunalah teknik FRAME..

Kita ciptakan satu bentuk FRAME dan dekat frame tu kita ciptakan pintu.. bila kita buka pintu tu kita dah sampai dimana kita nak pergi tadi..

ok lain kali saya akan cerita berkenaan perkara lain pula..

jangan lupa dapatkan ebook Free daripada saya sila isi nama dan email kt ruang sebelah kanan blog ini.

Sunday 7 April 2013

Cara Bertukar Bentuk...


Bila kita berada dalam situasi KM kawal mimpi, mudah saja jika kita ingin mengubah bentuk fizikal kita. Katakan anda sekarang berada dalam bentuk manusia. Jika kita ingin ubah diri kita jadi arnab, kita cuma niat saja. Kemudian proses perubahan fizikal akan berlaku. Kadang2 step by step. Kadang2 terus jadi saja. Itu tengok pada REZEKI masing-masing la ye...

Itulah kelebihannya jika kita dapat kawal mimpi. Ingin saya jelaskan disini. Alam mana-mana sekalipun, semuanya berlaku atas izin Allah swt. semata-mata jua. Cuma sifat Alam mimpi ni  biasanya memang macam tu. Kebanyakan niat kita akan JADI.Itu salah satu sunnatullah.

Cuma kita yang lemah ini, cuba berikhtiar untuk mendapat pelbagai pengalaman melalui mimpi. Serupa juga jika kita ingin ke tempat lain. Kita cuma niat saja. Kadang2 kita gunakan teknik Frame. ianya boleh berlaku insyaAllah.

Teknik Frame ni InsyaAllah saya akan cuba bagi penerangan lain kali ye..