Sunday, 31 March 2013

Alam Ghaib Disebalik Alam Nyata

Setiap kali kita TIDUR kita pasti melalui alam GHAIB. Apabila kita BERMIMPI itulah kita melalui alam ghaib. Perkara ini tidak menjadi pelik bagi setiap orang. Sebab kita selalu melaluinya.

Yang PELIKnya, kita tidak pernah mengambil peduli tentang perkara ini. Bagi mereka yang cakna dan minat alam GHAIB inilah masanya peluang untuk  meneroka alam ghaib dengan lebih mendalam.

Anda tak perlu belajar atau berlatih pelbagai ilmu untuk mendapat kemahiran atau pengalam dialam ghaib. Dengan tidur dan mimpi saja, kita sudah pun melalui dan menempuh alam ghaib. 

Alam ghaib sangat dekat dengan kita, bila kita bermimpi kita sudah berada dialam ghaib yang kita sedar. Disini macam macam perkara yang sangat ajaib dan aneh kita boleh renungi. Renungi dan ambillah iktibar atau pengajaran daripadanya.

Saturday, 23 March 2013

JADI APA SAJA

Tajuk diatas "Jadilah Apa Saja" ya betul. Anda dapat jadi apa yang anda inginkan. Contohnya semasa bermimpi anda adalah manusia, tiba-tiba terfikir nak jadi seekor arnab. Sepontan saja anda bertukar jadi arnab dan anda boleh lakukan apa yang arnab lakukan. Macam saya, satu kali tu saya teringin rasa nak jadi burung. Tiba2 saya jadi burung, dan saya lakukan seperti burung lakukan. Terbang dan sebagainya.
Dan kita dapat lihat yang diri kita benar-benar burung. Lepas tu tukarla balik jadi manusia biasa. Tak jadi masalah. Sama jugak jika kita rasa nak jadi orang hebat, kuat, jadi raja InsyaAllah anda dapat rasa semua itu. Satu lagi saya nak cerita. Katakan anda tak pernah memandu kereta yang sangat anda idam-idamkan. Masa inilah kita boleh lakukan dan rasakan. Pandu kapal terbang, helikopter, jet, kapal. Dan apa-apa aje yang anda inginkan Hebat bukan...tapi banyak lagi kekebihannya nanti kita sambung lagi.

Tuesday, 19 March 2013

MIMPI KAWAL KITA - KITA KAWAL MIMPI

Ya biasanya mimpilah yang kawal kita. Betul tak? Apa saja rentak, cerita, fenomina
dalam mimpi, kita ikut saja mimpi. Itu maksudnya Mimpi Kawal Kita. Adakah kita
boleh kontrol mimpi mimpi kita? Ramai diantara kita sememangnya tidak boleh control
mimpi yang kita alami.

Yang sebenarnya dgn izin Allah swt kita juga boleh kawal mimpi kita. Kemahiran ini
boleh dipelajari dan dilatih. Perubahan demi perubahan akan berlaku kalau kena
cara latihannya. Bila kita manpu mengawal mimpi, ini dinamakan Kita Kawal Mimpi.

Pelbagai teknik kita boleh pelajari, saya juga ada melatih individu atau kumpulan
yang berminat untuk mengawal mimpi.

saya juga sediakan kursus online supaya mudah diikuti. Tak perlu jumpa saya. Kita ber
hubung secara talian saja. Atau saya juga keluarkan produk2 ebook untuk
tujuan ini. Sama-sama kita terokai kehebatan Mengawal mimpi. Dapatkan
ebook percuma dgn mengisi borang yg saya sediakan.


Tuesday, 12 March 2013

MIMPI DALAM MIMPI

Ada orang bermimpi, lalu dalam mimpi itu, dia bermimpi sekali lagi. Perkara macam ni bukanlah sesuatu fenomina yang pelik. Ianya berlaku hampir kepada setiap orang. Kadangkala, semasa kita dapat kawal mimpi pun, peristiwa seperti ini boleh berlaku. Kita boleh tidur dan bermimpi, dan sedar dari tidur semasa bermimpi. bagi saya inilah satu lagi keajiban dialam mimpi...

Friday, 1 March 2013

Cerita Pasal Mimpi

Lama dah saya tak update blog KM ni.  Dah macam macam mimpi dah kita alami. Ada yang ingat dan ada yang lupa. Seeloknya kena ingat semua mimpi2 kita. Sebab asas kepada KM adalah ingat mimpi, ada pelbagai cara untuk mengingat mimpi. Dalam 7 hari kalau kita ingat 3 mimpi dah kira bagus tu... minggu2 yg akan datang mungkin kita boleh ingat lebih banyak mimpi2... selamat bermimpi!