Tuesday 23 November 2010

MIMPI SEBAGAI MATA DIRI


Tahukah anda fungsi mimpi yang sebenar? Adakah Allah swt mencipta mimpi saja-saja? Tidak ada seorang pun yang tahu secara detail fungsi mimpi sepenuhnya.

Tapi sekurang-kurangnya kita tidak membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Ambillah sedikit faedah daripadanya. Asalkan untuk tujuan baik dan bermanfaat.

Mimpi ingin memberitahu sesuatu kepada kita, samaada secara simbolik atau terang.

Semua orang sebut pasal mimpi, semua orang tahu kewujudan mimpi. Tapi adakah semua orang ambil tahu, atau ambil kisah pada mimpi? Inilah persoalannya..

Mimpi juga menjadi teman kita paling rapat, apa tidaknya. Setiap malam ia akan menemani kita kan?

Mimpi adalah mata diri, mimpi juga berfungsi seperti kompas, boleh juga jadi antena kita.. Daripada mimpilah gelombang-gelombang isyarat menyentuh diri kita, sama ada simbolik atau nyata. Sama ada kita sedar atau tidak...