Tuesday, 12 March 2013

MIMPI DALAM MIMPI

Ada orang bermimpi, lalu dalam mimpi itu, dia bermimpi sekali lagi. Perkara macam ni bukanlah sesuatu fenomina yang pelik. Ianya berlaku hampir kepada setiap orang. Kadangkala, semasa kita dapat kawal mimpi pun, peristiwa seperti ini boleh berlaku. Kita boleh tidur dan bermimpi, dan sedar dari tidur semasa bermimpi. bagi saya inilah satu lagi keajiban dialam mimpi...

Tahukah anda! mimpi tetap berlaku walaupun kita merasa kita tidak bermimpi. Kita rasa tidak bermimpi kerana kita tidak ingat mimpi ada banyak cara untuk kita ingat mimpi..

Antara kaedah untuk ingat mimpi, cuba anda bertenang dahulu semasa anda bangkit dari tidur, dan cuba rasakan perasaan apa ketika itu, jika kita berlatih selalu insyaaAllah kita boleh ingat mimpi kita secara beransur angsur..

 Selamat mencuba tip dari saya ye..

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DISINI.