Friday, 29 February 2008

Pertahankan Gambaran Semasa WPT

Jika anda sudah dapat melihat atau memerhati gambaran atau bayangan juga bunyian di wilayah WPT tahniah! Lakukan lebih dari itu. Anda akan melihat lintasan atau tayangan lengkap atau sekadar sebuah gambar didaerah WPT, cuba pula pertahankan apa-apa yang kita lihat tadi.

Kalau tak kena caranya, alamat melepaslah kita pada peluang ini. Untuk mengekalkan gambaran dikala WPT anda hendaklah jangan terlalu memerhati pada gambar atau bunyi itu. Anda hendaklah melatih melihat atau memerhati secara tidak langsung. Jika anda berjaya lakukan anda dapati gambaran atau tayangan sangat terang dan jelas.

Tak payahlah anda tergesa-gesa hendak mengusainya. Buat berterusan anda akan mendapat hasilnya kelak. Ingat setiap orang dapat lakukannya.

Mengusai teknik ini bukannya syarat untuk anda belajar mengawal mimpi, tetapi ianya adalah tambahan kepada teknik-teknik kearah mengawal mimpi. Sebenarnya jika anda mampu mengusai teknik WPT anda bertuah sebab anda mempunyai banyak pilihan untuk menuju kearah mengawal mimpi anda. Dalam kursus online saya ada bagi teknik mengawal mimpi kaedah melalui wilayah WPT ini.. jumpa lain post...salam dalam mimpi

1 comment:

  1. Buat persiapan tidur, anjuran awal adalah pikiran harus pasif. Begitu yang biasa ditanamkan kepada pasien insomnia. Di artikel ini anjurannya justru mengaktifkan pikiran. Anda bagus, saya akan mencobanya buat mencari tahu gunanya eksplorasi pikiran di WPT ini. Apapun hasilnya, akan saya tuliskan di blog tebakmanggis.

    ReplyDelete

SILA KOMEN DISINI.