Sunday 7 April 2013

Cara Bertukar Bentuk...


Bila kita berada dalam situasi KM kawal mimpi, mudah saja jika kita ingin mengubah bentuk fizikal kita. Katakan anda sekarang berada dalam bentuk manusia. Jika kita ingin ubah diri kita jadi arnab, kita cuma niat saja. Kemudian proses perubahan fizikal akan berlaku. Kadang2 step by step. Kadang2 terus jadi saja. Itu tengok pada REZEKI masing-masing la ye...

Itulah kelebihannya jika kita dapat kawal mimpi. Ingin saya jelaskan disini. Alam mana-mana sekalipun, semuanya berlaku atas izin Allah swt. semata-mata jua. Cuma sifat Alam mimpi ni  biasanya memang macam tu. Kebanyakan niat kita akan JADI.Itu salah satu sunnatullah.

Cuma kita yang lemah ini, cuba berikhtiar untuk mendapat pelbagai pengalaman melalui mimpi. Serupa juga jika kita ingin ke tempat lain. Kita cuma niat saja. Kadang2 kita gunakan teknik Frame. ianya boleh berlaku insyaAllah.

Teknik Frame ni InsyaAllah saya akan cuba bagi penerangan lain kali ye..

Sunday 31 March 2013

Alam Ghaib Disebalik Alam Nyata


Setiap kali kita TIDUR kita pasti melalui alam GHAIB. Apabila kita BERMIMPI itulah kita melalui alam ghaib. Perkara ini tidak menjadi pelik bagi setiap orang. Sebab kita selalu melaluinya.

Yang PELIKnya, kita tidak pernah mengambil peduli tentang perkara ini. Bagi mereka yang cakna dan minat alam GHAIB inilah masanya peluang untuk  meneroka alam ghaib dengan lebih mendalam.

Anda tak perlu belajar atau berlatih pelbagai ilmu untuk mendapat kemahiran atau pengalam dialam ghaib. Dengan tidur dan mimpi saja, kita sudah pun melalui dan menempuh alam ghaib. 

Alam ghaib sangat dekat dengan kita, bila kita bermimpi kita sudah berada dialam ghaib yang kita sedar. Disini macam macam perkara yang sangat ajaib dan aneh kita boleh renungi. Renungi dan ambillah iktibar atau pengajaran daripadanya.

Saturday 23 March 2013

JADI APA SAJA


Tajuk diatas "Jadilah Apa Saja" ya betul. Anda dapat jadi apa yang anda inginkan. Contohnya semasa bermimpi anda adalah manusia, tiba-tiba terfikir nak jadi seekor arnab. Sepontan saja anda bertukar jadi arnab dan anda boleh lakukan apa yang arnab lakukan. Macam saya, satu kali tu saya teringin rasa nak jadi burung. Tiba2 saya jadi burung, dan saya lakukan seperti burung lakukan. Terbang dan sebagainya.

Dan kita dapat lihat yang diri kita benar-benar burung. Lepas tu tukarla balik jadi manusia biasa. Tak jadi masalah. Sama jugak jika kita rasa nak jadi orang hebat, kuat, jadi raja InsyaAllah anda dapat rasa semua itu. Satu lagi saya nak cerita. Katakan anda tak pernah memandu kereta yang sangat anda idam-idamkan. Masa inilah kita boleh lakukan dan rasakan. Pandu kapal terbang, helikopter, jet, kapal. Dan apa-apa aje yang anda inginkan Hebat bukan...tapi banyak lagi kekebihannya nanti kita sambung lagi.

Tuesday 19 March 2013

MIMPI KAWAL KITA - KITA KAWAL MIMPI


Ya biasanya mimpilah yang kawal kita. Betul tak? Apa saja rentak, cerita, fenomina dalam mimpi, kita ikut saja mimpi. Itu maksudnya Mimpi Kawal Kita. Adakah kita boleh kontrol mimpi mimpi kita? Ramai diantara kita sememangnya tidak boleh control mimpi yang kita alami.

Yang sebenarnya dgn izin Allah swt kita juga boleh kawal mimpi kita. Kemahiran ini boleh dipelajari dan dilatih. Perubahan demi perubahan akan berlaku kalau kena cara latihannya. Bila kita manpu mengawal mimpi, ini dinamakan Kita Kawal Mimpi.

Pelbagai teknik kita boleh pelajari, saya juga ada melatih individu atau kumpulan yang berminat untuk mengawal mimpi.

saya juga sediakan kursus online supaya mudah diikuti. Tak perlu jumpa saya. Kita berhubung secara talian saja. Atau saya juga keluarkan produk2 ebook untuk tujuan ini. Sama-sama kita terokai kehebatan Mengawal mimpi. Dapatkan ebook percuma dgn mengisi borang yg saya sediakan.


Tuesday 12 March 2013

MIMPI DALAM MIMPI

Ada orang bermimpi, lalu dalam mimpi itu, dia bermimpi sekali lagi. Perkara macam ni bukanlah sesuatu fenomina yang pelik. Ianya berlaku hampir kepada setiap orang. Kadangkala, semasa kita dapat kawal mimpi pun, peristiwa seperti ini boleh berlaku. Kita boleh tidur dan bermimpi, dan sedar dari tidur semasa bermimpi. bagi saya inilah satu lagi keajiban dialam mimpi...

Tahukah anda! mimpi tetap berlaku walaupun kita merasa kita tidak bermimpi. Kita rasa tidak bermimpi kerana kita tidak ingat mimpi ada banyak cara untuk kita ingat mimpi..

Antara kaedah untuk ingat mimpi, cuba anda bertenang dahulu semasa anda bangkit dari tidur, dan cuba rasakan perasaan apa ketika itu, jika kita berlatih selalu insyaaAllah kita boleh ingat mimpi kita secara beransur angsur..

 Selamat mencuba tip dari saya ye..

Friday 1 March 2013

Cerita Pasal Mimpi

Cerita Pasal Mimpi dan Kawal Mimpi.

Lama dah saya tak update blog KM ni.  Dah macam macam mimpi yang kita alami. Ada yang ingat dan ada yang lupa. Seeloknya kena ingat semua mimpi-mimpi kita. Sebab asas kepada KM adalah ingat mimpi, ada pelbagai cara untuk mengingat mimpi. Dalam 7 hari kalau kita ingat 3 mimpi dah kira bagus tu... minggu2 yg akan datang mungkin kita boleh ingat lebih banyak mimpi-mimpi... selamat bermimpi!