Saturday, 9 February 2008

Apa itu WPT dan Rupa WPT?

Post no 5 ( Apa itu WPT dan Bagaimana rupa WPT?) Sambungan ….

Dah saya terangkan serba sedikit berkenaan dengan WPT. Cuma kali ini saya ingin menjelaskan tentang rupa bentuk WPT dan sedikit scenario tentang WPT. Pada post yang lepas saya menyuruh anda memerhati beberapa ketika sebelum terlelap. Kalau anda perhatikan tentu anda dapati sensasi dan fenomina ini pasti berlaku.

Malam ini dan seterusnya, cuba anda perhatikan sebelum anda melelapkan mata. Kalau anda amati betul-betul anda akan mendengar bunyian.Kadang-kadang musik, suara orang yang kita tidak kenal bahkan suara orang yang kita kenal pun akan kedengaran. Jika anda peka anda dapati suara-suara ini amat jelas kedengaran dan anda faham semua yang diucapakan. Kadang-kadang terlalu kuat sehingga anda terbangun. Walaupun ketika itu anda masih belum tidur.

Selain daripada beraneka ragam bunyi. WPT juga berbentuk dot-dot,lakaran atau berbagai bentuk lukisan simbolik juga berwarnja warni. Sungguh cantik dan mempesonakan. Kadang-kadang sangat cantik hingga belum pernah dipandang mata. Selain itu ada gambaran atau seperti gambar slide show dan sebagainya. Gambar pemandangan, gambar manusia, batu-batu, kayu, pasir dan beraneka ragam.

Setiap kali anda berada dalam stage WPT inilah fenomina atau senario yang akan anda lihat. Dan lebih hebat daripada itu anda dapat melihat satu bab lengkap tentang sesuatu peristiwa…sangat jelas…seperti didepan mata…

Post akan dating saya akan ceritakan kelebihan berada distage WPT dan macamnana cara supaya kita dapat bertahan dalam stage WPT dan melihat pelbagai peristiwa, gamabarn,bunyian dan fenomina disitu….sampai jumpa lagi…wassalam.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DISINI.