Friday 20 March 2009

Jom! Manfaatkan Mimpi.

Setiap orang didunia ini tidur kan? Kalau ada yang tak tidur pun tak sampai 1%. Biasanya orang yang tidak tidur, mereka itu bermasalah. Bila kita tidur tentu kita bermimpi kan? Apa kata kita sama-sama ambil tahu pasal mimpi.

Kita dah sedia maklum, topik paling polular berkaitan dengan mimpi ialah Tafsir Mimpi. Betul kan?
Nah kali ini kita tukar topik pula. Daripada Tafsir Mimpi kita sama-sama meneroka Mengusai Mimpi pula. Tak salah memperbanyakkan ilmu pengetahuan, betul tak?

Kita tahu Tafsir Mimpi sudah diguna pakai sejak zaman berzaman dan banyak sekali manfaatnya. Itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Dan Mengusai Mimpi pun apa kurangnya. Mengusai Mimpi pun ada kelebihannya tersendiri. Itu pun jika kita tahu aplykan/gunakan untuk kehidupan kita.

Tentu tidak menjadi satu kesalahan, jika kita luaskan skop ilmu pengetahuan berkait dengan Mimpi, kan? Malah ianya memberi lebih banyak kegunaan untuk kita manfaatkan.

Mimpi, asalnya daripada mainan tidur, lalu ditafsirkan dan kini kita terokai pula untuk manfaat kepada kehidupan melalui Mengusai Mimpi atau Mengawal Mimpi.

Banyak perkara positif boleh kita lakukan melalui keadah Mengusai Mimpi. Dan yang lebih utamanya, kita buat semata-mata untuk kemajuan diri kita juga,kan?

Oleh itu jika anda ingin mengetahui serba sedikit berkenaan Mimpi, sering-seringlah kunjungi blog saya yang tak seberapa ini. Saya berkongsi sekadar apa yang diizinkan Allah untuk saya kongsikan disini. Dan sekelumit ilmu dariNya jua.

Dan ajaklah rakan-rakan berkunjung kesini. Moga-moga sama sama kita mendapat sedikit manfaat. Jangan lupa ajaklah rakan-rakan kita yang belum tahu hal ini. Mungkin rakan kita minat, cuma mereka tidak tahu perkara ini.

ajak rakan anda kesini dan sama-sama kita kongsikan sedikit pengetahuan.. KLIK

Jangan lupa ke MUKA DEPAN ada post terbaru

Wednesday 18 March 2009

Antara Kehebatan Mengusai Mimpi.

Sebenarnya dah banyak kali saya huraikan tentang kelebihan mengusai mimpi. Saya ulang balik untuk memudahkan anda refer. Dan lagi pula setiap kali saya bercerita tentang kelebihan mengusai mimpi memang tak sama, memang ada tambahannya. Sebab Mengusai Mimpi sangat banyak manfaatnya.

Kali ini pun tidak manpu sya ceritakan semuanya. Saya ambil ringkas saja dan mungkin dilain kali bolehlah saya huraikan satu persatu.

Diantaranya manfaatnya sebagai contoh Aplikasi Untuk Kehidupan Seharian seperti: Menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan, mencipta daya kreativiti, mengasah kemahiran, Mencari formula baru, mencipta nada atau seni lukisan, menulis buku, mencari rahsia, mind power atau minda separa sedar, hipnosis dan lain-lain...

Menyelesaikan pelbagai masalah salah satu tool yang sangat berguna dan sangat berkait rapat dengan kehiudupan. Setiap orang memerlukannya. Dan setiap individu ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah masing-masing. Ada pelbagai cara dan pelbagai kaedah, melalui mimpi adalah salah satu kaedahnya.

Cuma memerlukan sedikit pemahaman bagaimana ianya berfungsi dan macammana cara untuk menggunakannya. Atau bagaimana untuk diapplykan ke dalam kehidupan..

Wednesday 11 March 2009

Mimpi Dan Minda.

Minda mengawal mimpi ke? atau Mimpi mengawal minda? Sebenarnya minda boleh mengawal mimpi. Dan Mimpi juga boleh mengawal minda. Masing -masing berfungsi mengikut keadaan atau situasi.

Contoh minda mengawal mimpi. Jika minda sarat atau penuh dengan perkara berkaitan apa yang kita inginkan, makan minda akan mengusai mimpi. Jesteru minda membawa perkara tersebut kedalam mimpi kita.

Contoh mimpi mengawal minda pula. Mimpi boleh mengawal minda jika sekiranya kita(lebih luas kupasannya)boleh mengawal atau mengusai mimpi. Tetapi dalam pada itu juga, kadang-kadang mimpi biasa pun boleh mempengaruhi/mengusai minda. Contohnya mimpi seram, bila kita terkejut dari tidur disaat itu, atau kadang-kadang terbawa-bawa sehingga keesokan harinya perasaan takut yang kita alami dikala bermimpi . Ini dinamakan mimpi mengusai minda.

Tahukah anda kita boleh mengusai minda melalui mimpi.

Tuesday 10 March 2009

Mimpi Adalah Spiritual

Sebenarnya pengalaman mimpi adalah pengalaman spiritual. Tahukah anda, bermimpi bukanlah sekadar pengalaman, tetapi anda telah pun mengalami sendiri perjalanan spiritual. Yang hebatnya setiap orang mengalaminya tanpa perlu belajar.

Mimpi akan datang kepada setiap orang, cuma antara sedar dengan tidak saja. Bagi mereka yang selalu didatangi mimpi adalah bertuah. Bermimpi pula banyak kategorinya.

Ada orang selalu mendapat mimpi yang clear/ jelas. Ada orang bermimpi real seolah-olah benar, sehingga sukar untuk mengetahui ianya reality atau sekadar mimpi.

Ada orang bermimpi biasa sahaja. Ingat sekejap dan terus lupa. Mimpi biasa hampir setiap malam berlaku kepada setiap individu.

Dan banyak macam lagi jenis mimpi seperti contohnya: mimpi mengarut, mimpi yang tak tahu hujung pangkal, mimpi yang samar-samar dan lain-lain.

Setiap jenis mimpi mempunyai tahap pengertian yang berbeza. Kalau dianalisa kepada pelbagai jenis mimpi-mimpi, maka terhasil pula berbagai natijahnya.

Mimpi anda macammana pula?

Tuesday 6 January 2009

Designer Boleh Manfaatkan WPT

Setiap kali kita berada dalam WPT.. anda akan dapati pelbagai Design atau corak yang sangat menarik.. Dan kita boleh ciptakan corak-corak kita sendiri.

Atau amati saja corak-corak yang timbul ketika berada di wilayah WPT itu. Kilauan warna-warna yang tak pernah ada dialam nyata. Dan pelbagai corak-corak menarik yang menghiasi ruang mata.

Cuba manfaatkan waktu ini untuk membuat corak atau menciptakan kelainan dalam seni lukisan abstrak. Cubala.. kalau tak cuba manakan anda tahu hasilnya...