Monday 25 September 2017

Analisa Mimpi


Dalam Programe Lucid Dreaming Malaysia kita ada satu lagi teknik yang berlainan dengan Kawal Mimpi - Ia dinamakan Analisa mimpi. Analisa mimpi bukanlah Tafsir Mimpi yang ramai diperkatakan dan banyak buku-buku mengenainya. Dengan mempelajari analisa mimpi anda sendiri boleh menafsir mimpi-mimpi anda sendiri. Dengan keadah itu, banyak maklumat kita dapat tahu dari erti sebuah mimpi. Contohnya mimpi ular, mimpi dikejar ular, mimpi nampak ular ianya sangat berlainan tafsiran jika bentuk yang kita lihat berbeza.

Tuesday 5 September 2017

BOLEH KE KITA DAPAT MIMPI APA YANG KITA NAK MIMPI...?

Bagi yang tak tahu, memang pelik! Tapi ini satu perkara yang tidak mustahil. Kesedaran dalam mimpi ada banyak fasa, ada nayak stage. Betul tak? sebab kadang-kadang kita rasa macam tak bermimpi, kadang-kadang rasa macam mimpi hitam putih, kadang-kadang rasa macam ingat separuh dan yang lain hilang entah kemana. Itu mimpi yang biasa-biasa, bagaimana pula mimpi yang boleh dikawal atau kita namakan Kawal mimpi atau Lucid Dream?

Lucid Dream ada fasa dan stagenya. Fasa pertama ianya tidaklah begitu jelas dan kawalan pun tidak begitu sempurna. Ada tempat kita boleh kawal dan ada tempat tak boleh kawal. Kenapa jadi begitu ya..?

Fasa ke 2 dalam 50% kita boleh kawal mimpi kita dan selebihnya mimpi yang kawal kita. Apakah ini boleh diatasi..?

Fasa ke 3 hampir 100% kita dapat kawal mimpi. Ini jarang berlaku kecuali kita tahu teknik dan caranya untuk mengawal mimpi. 

Sebenarnya banyak lagi peringkat kesedaran dalam mimpi. Untuk mengetahui lebih banyak lagi MANFAATNYA. Sila KLIK sini.

Sunday 3 September 2017

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi - Adalah satu fenomina yang berlaku waktu tidur. Biasanya bila berlaku KM kepada kita ramai yang tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Salah satu sebab ialah ; kita lupa apa yang kita mimpi, dan yang lebih teruk, kita tak tahu pun kita bermimpi.. kita rasa macam tak bermimpi .. je..

Untuk mendapat kesedaran tentang kawal mimpi, kita perlu pastikan kita ingat semua mimpi atau sekurang-kurangnya 50% daripada mimpi-mimpi kita boleh ingat.

Kawal mimpi atau Lucid Dream Malaysia adalah satu wadah, bagaimana cita-cita saya untuk memberi pendedahan kepada warga Malaysia Khususnya tentang kesedaran dan fenomina ini.

Fenomina ini bukanlah satu perkara pelik dan mungkin ada yang beranggapan ianya mutlak berbentuk ilmu kerohanian atau metafizik. Ianya hampir berlaku pada sesiapa saja.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya... dan ada orang tak tahu langsung. Yang bestnya.. Kawal Mimpi boleh dipelajari dan boleh dilatih. Sesiapa saja berpeluang untuk mendapat pengalaman ini.