Tuesday, 10 March 2009

Mimpi Adalah Spiritual

Sebenarnya pengalaman mimpi adalah pengalaman spiritual. Tahukah anda, bermimpi bukanlah sekadar pengalaman, tetapi anda telah pun mengalami sendiri perjalanan spiritual. Yang hebatnya setiap orang mengalaminya tanpa perlu belajar.

Mimpi akan datang kepada setiap orang, cuma antara sedar dengan tidak saja. Bagi mereka yang selalu didatangi mimpi adalah bertuah. Bermimpi pula banyak kategorinya.

Ada orang selalu mendapat mimpi yang clear/ jelas. Ada orang bermimpi real seolah-olah benar, sehingga sukar untuk mengetahui ianya reality atau sekadar mimpi.

Ada orang bermimpi biasa sahaja. Ingat sekejap dan terus lupa. Mimpi biasa hampir setiap malam berlaku kepada setiap individu.

Dan banyak macam lagi jenis mimpi seperti contohnya: mimpi mengarut, mimpi yang tak tahu hujung pangkal, mimpi yang samar-samar dan lain-lain.

Setiap jenis mimpi mempunyai tahap pengertian yang berbeza. Kalau dianalisa kepada pelbagai jenis mimpi-mimpi, maka terhasil pula berbagai natijahnya.

Mimpi anda macammana pula?

Tuesday, 6 January 2009

Designer Boleh Manfaatkan WPT

Setiap kali kita berada dalam WPT.. anda akan dapati pelbagai Design atau corak yang sangat menarik.. Dan kita boleh ciptakan corak-corak kita sendiri.

Atau amati saja corak-corak yang timbul ketika berada di wilayah WPT itu. Kilauan warna-warna yang tak pernah ada dialam nyata. Dan pelbagai corak-corak menarik yang menghiasi ruang mata.

Cuba manfaatkan waktu ini untuk membuat corak atau menciptakan kelainan dalam seni lukisan abstrak. Cubala.. kalau tak cuba manakan anda tahu hasilnya...

Monday, 17 November 2008

Susah Ke Nak Dapat WPT?

Ya saya tidur setiap malam tak nampak apa-apa pun! Bila saya pejam mata terus terlelap jer tak ada apa-apa... Ada pelajar saya komen begitu...

Kalau dah macam tu teruskan saja. Kalau dah mengantuk sangat tidur sajalah. Tahukan anda ? Anda masih lagi ada peluang untuk mendapat WPT walaupun anda dah tidur...

Caranya: Bila anda tidur dengan nenyak, sudah tentu anda sudah tidak sedar apa2 pun berlaku. Tapi ingat, bila sampai satu pusingan period tidur kita akan tersedar.. Nah bila anda tersedar setelah satu pusingan tidur, cuba buka mata dan pertahankan seketika...

Lalu cuba perhatikan sebelum anda terus belayar lagi. Anda pasti melalui WPT dan itulah WPT..

Biasanya orang tidak akan bertahan lama ketika ini.. kurang daripada 3 minit terus zzzzzzz balik...

Monday, 6 October 2008

Selamat Hari Raya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Sebulan berpuasa dengan penuh keimanan, moga2 amalan kita diterima Allah Taala.

Dan diiringi menyambut hari Raya dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin, walaupun agak terlewat, tapi masih lagi dalam bulan raya..he..he..

Friday, 16 May 2008

Anda Sukar Tidur.

Ramai diantara kita mengalami kesukaran untuk tidur. Sukar tidur banyak puncanya. Salah satunya ialah banyak berfikir waktu hendak tidur. Tak kiralah apa puncanya, yang penting sekali bagaimana mengatasinya.

Ya dengan WPT juga kita boleh menyelesaikan masaalah sukar tidur. Syaratnya kena la tahu tekniknya. Tekniknya taklah susah sangat cuma berlatih beberapa hari saja kita boleh mengusainya.

WPT banyak saya masukkan dalam kursus online KM. Banyak lagi kelebihan WPT. Saya akan sambung pada post akan datang.

Bagi yang mengikuti kursus online KM tu.. rajin-rajinlah buat latihan mudah WPT tu.. insyaAllah banyak lagi faedahnya kelak..

Monday, 28 April 2008

Wpt Yang Sangat Real

Saya ingin bercerita lagi berkenaan daerah WPT. Sebaik sahaja anda dapat berada didaerah WPT, anda dapat lakukan apa saja. Jika anda mencipta suasana berada ditaman bunga, anda bebas memilih mana-mana bunga yang anda ingin petik dan ciumlah baunya.

Jika anda memilih berada didalam hutan dan dipingir air terjun, rasakan percikan air terjun yang dibawa angin kearah anda. Anda boleh terjun kedalam air atau mencelup kaki anda digigi air, dan rasakan kesejukan airnya.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita lakukan bila kita berada diwilayah WPT ini. Berlatih dan anda akan dapat tahu bagaimana rasanya berada di wilayah WPT ini.

Cerita seterusnya akan saya sambung di post yang akan datang.... Salam bahagia kepada semua

Wednesday, 26 March 2008

Peringkat NREM

(NREM 1) Adalah dimana satu situasi permulaan peralihan diantara rasa ingin tidur atau (mengantuk ringan) kepada tidur. Juga dikenali hypnagogic(WPT) yang banyak saya sentuh berkenaan fenomina ini: Berlakunya bunyian, gambaran dan tayangan.. WPT berlaku beberapa minit sebelum kestage 2.

(NREM 2) Bilamana anda sedang berada distage ini. Tubuh badan anda beransur-ansur shutdown (matirasa). Peralihan daripada kesedaran ringan kepada tidak sedar. Peralihan yang beransur-ansur. Gelombang otak anda mula membesar. (lebih bertenaga/energy).

(NREM 3) Stage ini biasanya berlaku setelah anda tidur selama 30 – 45 minit. Iaitu tidur permulaan anda. Kini otak kita lebih berenergy. Dan otak berada di peringkat gelombang
Delta yang perlahan.

(NREM 4) Stage ini dipanggil “Tidur yang dalam” atau “tidur diperingkat Delta”. Kadang-kadang mengigau berlaku ketika ini. Sebab itulah orang yang mengigau, selalunya tidak diawal tidur. Tetapi setelah tidur yang agak lama. Aktiviti otak pun mula berkurang.

Ada lagi sambungannya. Saya akan sambung dipost yang akan dating. Ambil perhatian..Tak semestinya anda perlu faham makanikal tidur untuk belajar KM. Ini cuma pengetahuan tambahan sahaja..

Jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk mengetahui berita KURSUS TERKINI.

Friday, 7 March 2008

WPT yang menenangkan.

Jika anda rajin memerhati atau berlatih, sudah tentu anda dapat berada diwilayah WPT agak lama. Bila saja anda mampu bertahan disini, banyaklah faedah-faedahnya nanti. Mungkin faedah lain kita tak nak ambil pusing(peduli). Setidak-tidaknya anda boleh mengambil manfaat daripada

WPT ini untuk menenangkan fikiran anda sebelum tidur. Bertahanlah didaerah WPT ini, dan anda ciptakan suasana yang menenangkan, seperti ciptakan seolah-olah anda berada disebuah pulau yang indah, kecil dan dikelilingi oleh lautan biru yang indah.

Pohon-pohon kelapa yang menghijau. Dan melihat deretan pasir yang menguning. Rasakan kesejukan angin pantai yang bertiup tenang lagi lembut. Lihatlah dengan mata batin anda dikala WPT itu, anda tidak akan kecewa.

Percayalah pada saya, anda benar-benar melihat apa pun yang anda ciptakan. Enjoylah disana. Pastinya nanti anda akan tertidur dengan penuh ketenangan dan dibuai mimpi-mimpi yang sangat indah. Tapi ingat disini(diwilayah WPT) ada beberapa kaedah untuk shortcut terus ke KM (Mengawal mimpi). Itu cuma keadaan dimana anda berjaya mengawal wilayah WPT.

Bayangkan... jika anda dapat mengawal mimpi anda... Post akan datang saya akan terangkan satu persatu fenomina atau situasi kita dan gelombang otak kita bermula daripada WPT hingga tidur yang lena. (Deep sleep) Sampai jumpa lagi... salam dalam mimpi