Sunday 3 September 2017

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi

Lucid Dream Malaysia atau Kawal Mimpi - Adalah satu fenomina yang berlaku waktu tidur. Biasanya bila berlaku KM kepada kita ramai yang tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Salah satu sebab ialah ; kita lupa apa yang kita mimpi, dan yang lebih teruk, kita tak tahu pun kita bermimpi.. kita rasa macam tak bermimpi .. je..

Untuk mendapat kesedaran tentang kawal mimpi, kita perlu pastikan kita ingat semua mimpi atau sekurang-kurangnya 50% daripada mimpi-mimpi kita boleh ingat.

Kawal mimpi atau Lucid Dream Malaysia adalah satu wadah, bagaimana cita-cita saya untuk memberi pendedahan kepada warga Malaysia Khususnya tentang kesedaran dan fenomina ini.

Fenomina ini bukanlah satu perkara pelik dan mungkin ada yang beranggapan ianya mutlak berbentuk ilmu kerohanian atau metafizik. Ianya hampir berlaku pada sesiapa saja.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya... dan ada orang tak tahu langsung. Yang bestnya.. Kawal Mimpi boleh dipelajari dan boleh dilatih. Sesiapa saja berpeluang untuk mendapat pengalaman ini.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DISINI.