Friday, 20 March 2009

Jom! Manfaatkan Mimpi.

Setiap orang didunia ini tidur kan? Kalau ada yang tak tidur pun tak sampai 1%. Biasanya orang yang tidak tidur, mereka itu bermasalah. Bila kita tidur tentu kita bermimpi kan? Apa kata kita sama-sama ambil tahu pasal mimpi.

Kita dah sedia maklum, topik paling polular berkaitan dengan mimpi ialah Tafsir Mimpi. Betul kan?
Nah kali ini kita tukar topik pula. Daripada Tafsir Mimpi kita sama-sama meneroka Mengusai Mimpi pula. Tak salah memperbanyakkan ilmu pengetahuan, betul tak?

Kita tahu Tafsir Mimpi sudah diguna pakai sejak zaman berzaman dan banyak sekali manfaatnya. Itu tidak dapat dipertikaikan lagi. Dan Mengusai Mimpi pun apa kurangnya. Mengusai Mimpi pun ada kelebihannya tersendiri. Itu pun jika kita tahu aplykan/gunakan untuk kehidupan kita.

Tentu tidak menjadi satu kesalahan, jika kita luaskan skop ilmu pengetahuan berkait dengan Mimpi, kan? Malah ianya memberi lebih banyak kegunaan untuk kita manfaatkan.

Mimpi, asalnya daripada mainan tidur, lalu ditafsirkan dan kini kita terokai pula untuk manfaat kepada kehidupan melalui Mengusai Mimpi atau Mengawal Mimpi.

Banyak perkara positif boleh kita lakukan melalui keadah Mengusai Mimpi. Dan yang lebih utamanya, kita buat semata-mata untuk kemajuan diri kita juga,kan?

Oleh itu jika anda ingin mengetahui serba sedikit berkenaan Mimpi, sering-seringlah kunjungi blog saya yang tak seberapa ini. Saya berkongsi sekadar apa yang diizinkan Allah untuk saya kongsikan disini. Dan sekelumit ilmu dariNya jua.

Dan ajaklah rakan-rakan berkunjung kesini. Moga-moga sama sama kita mendapat sedikit manfaat. Jangan lupa ajaklah rakan-rakan kita yang belum tahu hal ini. Mungkin rakan kita minat, cuma mereka tidak tahu perkara ini.

ajak rakan anda kesini dan sama-sama kita kongsikan sedikit pengetahuan.. KLIK

Jangan lupa ke MUKA DEPAN ada post terbaru

2 comments:

  1. salam ziarah... saya suka blog ni..
    en. admin letakkan la gadget 'followers'. nnti saya follow... :)

    ReplyDelete
  2. marilah kita bermimpi beramai2....

    ReplyDelete

SILA KOMEN DISINI.