Wednesday, 26 March 2008

Peringkat NREM

(NREM 1) Adalah dimana satu situasi permulaan peralihan diantara rasa ingin tidur atau (mengantuk ringan) kepada tidur. Juga dikenali hypnagogic(WPT) yang banyak saya sentuh berkenaan fenomina ini: Berlakunya bunyian, gambaran dan tayangan.. WPT berlaku beberapa minit sebelum kestage 2.

(NREM 2) Bilamana anda sedang berada distage ini. Tubuh badan anda beransur-ansur shutdown (matirasa). Peralihan daripada kesedaran ringan kepada tidak sedar. Peralihan yang beransur-ansur. Gelombang otak anda mula membesar. (lebih bertenaga/energy).

(NREM 3) Stage ini biasanya berlaku setelah anda tidur selama 30 – 45 minit. Iaitu tidur permulaan anda. Kini otak kita lebih berenergy. Dan otak berada di peringkat gelombang
Delta yang perlahan.

(NREM 4) Stage ini dipanggil “Tidur yang dalam” atau “tidur diperingkat Delta”. Kadang-kadang mengigau berlaku ketika ini. Sebab itulah orang yang mengigau, selalunya tidak diawal tidur. Tetapi setelah tidur yang agak lama. Aktiviti otak pun mula berkurang.

Ada lagi sambungannya. Saya akan sambung dipost yang akan dating. Ambil perhatian..Tak semestinya anda perlu faham makanikal tidur untuk belajar KM. Ini cuma pengetahuan tambahan sahaja..

Jangan lupa mengunjungi laman web saya untuk mengetahui berita KURSUS TERKINI.

Friday, 7 March 2008

WPT yang menenangkan.

Jika anda rajin memerhati atau berlatih, sudah tentu anda dapat berada diwilayah WPT agak lama. Bila saja anda mampu bertahan disini, banyaklah faedah-faedahnya nanti. Mungkin faedah lain kita tak nak ambil pusing(peduli). Setidak-tidaknya anda boleh mengambil manfaat daripada

WPT ini untuk menenangkan fikiran anda sebelum tidur. Bertahanlah didaerah WPT ini, dan anda ciptakan suasana yang menenangkan, seperti ciptakan seolah-olah anda berada disebuah pulau yang indah, kecil dan dikelilingi oleh lautan biru yang indah.

Pohon-pohon kelapa yang menghijau. Dan melihat deretan pasir yang menguning. Rasakan kesejukan angin pantai yang bertiup tenang lagi lembut. Lihatlah dengan mata batin anda dikala WPT itu, anda tidak akan kecewa.

Percayalah pada saya, anda benar-benar melihat apa pun yang anda ciptakan. Enjoylah disana. Pastinya nanti anda akan tertidur dengan penuh ketenangan dan dibuai mimpi-mimpi yang sangat indah. Tapi ingat disini(diwilayah WPT) ada beberapa kaedah untuk shortcut terus ke KM (Mengawal mimpi). Itu cuma keadaan dimana anda berjaya mengawal wilayah WPT.

Bayangkan... jika anda dapat mengawal mimpi anda... Post akan datang saya akan terangkan satu persatu fenomina atau situasi kita dan gelombang otak kita bermula daripada WPT hingga tidur yang lena. (Deep sleep) Sampai jumpa lagi... salam dalam mimpi