Monday 26 December 2022

Bila Lucid Dream atau kawal mimpi Berlaku?


Mimpi yang jelas atau clear biasanya berlaku semasa pergerakan mata pantas (REM),semas tidur. Tidur yang nyenyak dapat diketahui dengan pergerakan mata, pernafasan menjadi lebih cepat dan juga lebih banyak aktiviti berlaku di otak kita

Biasanya kita akan memasuki tidur REM lebih kurang 90 minit selepas tertidur. Ianya berlangsung dalam 10 minit. Semasa anda tidur, Tempoh setiap REM berlaku lebih lama daripada yang sebelumnya, dan berlarutan sehingga satu jam.

Tuesday 20 December 2022

Apakah Kawal Mimpi atau Lucid Dream?


Kawal Mimpi berlaku apabila anda sedar yang anda sedang bermimpi semasa anda tidur.

Dan anda sedar peristiwa mimpi yang anda alami tidak berlaku. Tetapi mimpi itu terasa seolah olah jelas dan nyata. Ada kemungkinan anda dapat mengawal mimpi tersebut,dan seolah-olah anda mengarah sebuah filem dalam tidur anda.

Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 50% manusia mungkin mempunyai sekurang-kurangnya satu mimpi yang jelas. Tetapi mungkin juga tidak selalu berlaku, biasanya hanya beberapa kali dalam setahun.